Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua kerana sudi untuk memilih blog yang tidak seberapa ini sebagai tempat untuk anda mendapatkan pengetahuan atau pun hanya sekadar untuk berhibur tentang Music dan juga Band-band yang terdapat di seluruh dunia...
Untuk tidak membuang masa, di dalam blog ini, saya akan menceritakan tentang beberapa Band-Band yang paling berpengaruh di dunia yang kebanyakan dari mereka sudah pun tiada lagi di dunia ini...
- The Beattles: Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan The Beattles. Boleh di katakan seluruh dunia mengenali siapakah dia The Beattles.The Beattles telah diasaskan oleh oleh 4 orang anak muda yang dikenali sebagai Paul McCartney, John Lennon, George Harrison dan mereka telah dibantu oleh 2 orang bekas pemain dram pada zaman mereka iaitu Stuart Sutcliffe dan Pete Best sebelum tugas mereka dipegang oleh pemain dram lagenda mereka iaitu Ringgo Starr. Band ini berasal dari Liverpool dan telah muncul dalam awal 60an.
Sejarah kumpulan tersebut mula tercatat apabila mereka mengeluarkan single pertama mereka yang bertajuk Love Me Do pada tahun 1962 pada bulan Oktorber. Single kedua pula, Please Please Me telah terus membuka mata peminat-peminat music pada masa itu.
Kemudian ia disusuli dengan lagu mereka iaitu She Loves You, From Me To You, Can't Buy Me Love dan I Want To Hold Your Hand yang telah dicipta oleh McCartney dan John Lennon pada tahun 1963. Sehinggalah mereka mendapat gelaran sebagai The Fab Four.
Akan Bersambung Lagi Nanti..
Kemudian ia disusuli dengan lagu mereka iaitu She Loves You, From Me To You, Can't Buy Me Love dan I Want To Hold Your Hand yang telah dicipta oleh McCartney dan John Lennon pada tahun 1963. Sehinggalah mereka mendapat gelaran sebagai The Fab Four.
Akan Bersambung Lagi Nanti..